Introvert yang sunyi



 Introvert yang sunyi


Dia introvert yang sunyi. Dia damai dalam sunyi. Dia sunyi dalam diam. Dia sunyi di tengah keramaian. Dia penat dengan kesunyian yang tak pernah jemu menjentik nostalgia-nostalgia kehilangan lalu. Ironi, kerana dia tak sudi biarkan sesiapa mengetuk pintu istana sunyi yang dia bina, kerana dia tahu, mereka sekadar singgah melepaskan dahaga sendiri, memberi harapan bahagia seketika, sebelum akhirnya berlalu pergi tanpa meninggalkan jejak. Hanya dia masih tersiksa dek kenangan yang tersisa, tetap utuh di sudut hati. Dia menyumpah kebodohan diri yang masih tegar memberikan manusia peluang untuk mengisi tempat paling rahsia, paling rapuh, untuk yang paling dipercaya. Akhirnya tempat itu diinjak-injak bagaikan dia langsung tiada harga, masa dan setia seperti tiada erti. PENGECUT! BEDEBAH! SIALAN! 

Beraninya manusia mempermainkan jiwanya seenaknya. Ah, sungguh dia lelah dengan dunia dan manusia hipokrit. Tak sedikit waktu dia berharap supaya dicabut hatinya, biar perasaan tak perlu lagi hadir dan terus meresahkan benaknya.

Pun begitu, akal warasnya memujuk, ya. Tiada apa yang kekal kecuali Tuhan yang Satu. Dia yang selalu ada, tapi kau, hamba yang angkuh, begitu taksub mencintai manusia dan meletakkan harapan kepada selain dari-Nya, seolah-olah manusia hina dari tanah itu lebih mulia dari Dia yang lebih dekat dari urat mari' di terongkongan leher. Dia mengerti. Sungguh dia mengerti.


Tapi, Demi Tuhan, kesunyian ini membunuhnya.


Dia letih menjadi Introvert yang sunyi.

Comments